Setiausaha Teknikal Barcelona, Robert Fernandez percaya hanya menunggu masa sebelum pemain Lionel Messi menandatangani kontrak lanjutan.

Kontrak Messi ketika ini akan berakhir pada 2018 dan timbul khabar angin yang mengatakan beliau akan mempertimbangkan untuk berpindah dari kelab itu.

Bagaimanapun, Fernandez menegaskan bahawa rundingan berjalan lancar dan menjangkakan Messi menandatangani kontrak lanjutan.

Selain Messi, pemain tengah Andres Iniesta dan penjaga gol Marc-Andre Ter Stegen turut akan menandatangani kontrak.

Barcelona kini berada di kedudukan ketiga dalam La Liga Sepanyol dengan 41 mata.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *