Share on Facebook

Luis Suarez meledak gol tunggal ketika juara bertahan Barcelona mengatasi Valencia 1-0 dalam aksi pertama separuh akhir Piala Raja Sepanyol di Camp Nou awal pagi tadi.

Barcelona, juara 29 kali kejohanan itu, berhasrat menjadi pasukan pertama menjulang piala itu empat tahun berturut-turut selepas Athletic Bilbao mencatat sejarah pada 1930-an.

Bagaimanapun mereka dikerah untuk bekerja keras berdepan Valencia yang kehilangan tiga pemain utama iaitu Goncalo Guedes, Geoffrey Kondogbia dan Ezequiel Garay akibat kecederaan.

Barcelona mendominasi perlawanan namun terpaksa menunggu hingga ke minit ke-67 untuk memecah kebuntuan.

Seperti dijangka Lionel Messi adalah orangnya yang merobek pertahanan Valencia sebelum membawanya ke arah Suarez.

Pemain Argentina itu dengan lincah membolosi kawasan penalti sebelum sepakan kaki kirinya memperdayakan tiga pertahanan lawan dan membolehkan Suarez menanduknya tepat ke gawang lawan.

Perlawanan sengit itu jauh berbeza berbanding kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat sama dua tahun lalu di mana Barcelona menang 8-1 secara agregat selepas menang 7-0 pada aksi pertama.

“Kami mempunyai kelebihan kecil tetapi masih mempunyai baki 90 minit dan tempoh itu pastinya terlalu lama kerana Valencia kuat di laman sendiri,” kata Suarez yang kini mengumpul 13 gol daripada 11 perlawanan terakhirnya.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam, Leganes yang mengejutkan Real Madrid pada suku akhir, bangkit dari ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 dengan Sevilla pada perlawanan pertama. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *