Share on Facebook

SEMPORNA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai dari selatan Filipina ketika cuba memasuki negara ini secara haram menerusi perairan utara Pulau Danawan, malam tadi.

Semua lelaki berusia 20 hingga 50 tahun yang menaiki tujuh bot itu dipintas pasukan Quick Reaction Force (QRF) selepas dikesan menerusi radar cuba merentas sempadan dan melanggar kawasan perintah berkurung, jam 8.39 malam tadi.

Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), Brig Jen Zarondin Md Amin, berkata pemeriksaan lanjut dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mabul mendapati semua suspek tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

Katanya, semua tangkapan diserahkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada jam 4.40 pagi.

“Ini antara kejayaan membanggakan kerana ia adalah tangkapan paling ramai dibuat ATB 2 pada tahun ini.

“Kita akan terus bekerjasama dengan ESSCOM untuk memantau dan menyekat sebarang aktiviti jenayah di perairan timur Sabah, demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi penduduk tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *