Atletico Madrid yang berpeluang merebut dua lagi gelaran juara pada musim ini akan memburu gelaran tersebut secara perlahan-lahan.

Dalam saingan La Liga, Los Colchoneros ketika ini menjadi salah satu daripada tiga pasukan yang masih bersaing sengit merebut gelaran juara selain Barcelona dan Real Madrid.

Selepas 35 perlawanan dan hanya tinggal tiga baki perlawanan, Atletico mengumpul 82 mata, sama dengan Barcelona yang kini unggul di puncak liga. Real Madrid berada di posisi tiga.

Atletico akan berdepan Rayo Vallecano yang kini sedang bergelut bagi mengelakkan penyingkiran, Levante yang masih di kedudukan tercorot, dan kemudian Celta Vigo yang sedang berusaha menempatkan diri di empat kedudukan teratas.

Selain La Liga, Atletico juga masih mempunyai peluang dalam saingan Liga Juara-Juara setelah menjadi satu daripada empat pasukan yang bertarung di peringkat separuh akhir bersama Real Madrid, Manchester City dan Bayern Munich.

Atletico akan berdepan Bayern pada awal pagi Khamis selaku tetamu.

Atletico, finalis Liga Juara-Juara musim 2013–14, juara liga musim 2012-2013 bakal menjadi tuan rumah di Vicente Calderon Bayern, dalam perlawanan separuh akhir kedua, minggu depan.

“Kami akan berjuang di kedua-dua saingan tersebut. Selangkah demi selangkah,” kata pemain Atletico Saul Niguez memetik Soccerway.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *