Negara kuasa minyak dunia, Arab Saudi meluluskan pelan reformasi ekonomi, antara lain bagi mengurangkan kebergantungannya terhadap hasil minyak.

Pelan Wawasan 2030 itu diperkenal bagi menamatkan pergantungan terhadap minyak dan mengubah negara itu kepada kuasa pelaburan global dengan mempelbagai kegiatan ekonomi.

Mengumumkan pelan itu, Timbalan Putera Mahkota, Mohammed Salman memaklumkan Riyadh bercadang menyenaraikan syarikat minyak negara, Aramco, dengan menjual lima peratus sahamnya menerusi tawaran awal permulaan (IPO).

Ketika ini Aramco dinilai lebih AS$2 trilion.

Baginda menambah reformasi termasuk perubahan yang akan mengubah struktur sosial negara itu dengan membenarkan golongan wanita memainkan peranan lebih besar dalam bidang ekonomi.

‘Pelan Wawasan 2030’ dijangka mengumpul perolehan bukan minyak kepada AS$160 bilion menjelang tahun 2020 dan AS$1 trilion menjelang 2030, berbanding hanya AS$43.6 bilion tahun lalu.

Butiran lanjut berhubung pelaksanaan pelan ini bagaimanapun tidak diperincikan.

Kedudukan ekonomi Arab Saudi jadi tanda tanya sejak kejatuhan harga minyak 2014.

Pakar ekonomi melihat, struktur ekonomi Riyadh yang menjana 70 peratus daripada perolehannya daripada minyak sebagai tidak mapan.

Ia mendorong kepada desakan supaya reformasi ekonomi dilaksanakan segera.

Selain tumpuan terhadap industri minyak, pelan reformasi turut sistem visa baharu yang membolehkan golongan ekspatriat melanjutkan tempoh perkhidmatan di negara itu.

Negara itu juga sedia mempelbagai kegiatan ekonomi, termasuk perlombongan mineral dan memperluaskan pengeluaran aset ketenteraan.

Pelan ini bagaimanapun disifatkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebagai terlalu bercita-cita tinggi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *