Share on Facebook

KUANTAN, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melakukan penerbangan ihsan menghantar seorang kanak-kanak yang mengalami masalah jangkitan paru-paru dari Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini malam ini.

Helikopter jenis Agusta AW139 itu yang membawa Mohammad Izzue Ramzi Mohamad Jaffri selamat mendarat di Padang Kemunting pada jam 11 malam tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar, berkata helikopter berkenaan pada asalnya dijadual tiba pada 10.45 malam, namun mengalami kelewatan berikutan keadaan angin kuat 20 hingga 25 knot sejam.

“Helikopter berkenaan terbang dari Stesen Maritim Udara Subang, Selangor tiba di Pulau Tioman pada jam 9.45 malam untuk mengambil pesakit berkenaan.

Bagaimanapun juruterbang kita turut mengalami kesukaran ketika hendak mendarat di Pulau Tioman berikutan keadaan gelap,” katanya di sini malam tadi.

Bagaimanapun, katanya dengan pengalaman dan kepakaran juruterbang, Leftenan Komander Maritim Shamsudin Ehsan Alwi dan pembantu juruterbang, Leftenan Komander Maritim Azizi Zulkepeli, operasi dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Operasi penerbangan pada malam ini turut dibantu oleh Bintara Muda Maritim Mohd Noor Tangkim dan Bintara Kanan Maritim Supiyan bin Sulaiman.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *