Syarikat perdagangan elektronik Amerika Syarikat, Amazon  secara rasminya melancarkan perkhidmatan penghantaran ‘Prime New’ di Singapura sekaligus menembusi pasaran pertamanya di Asia Tenggara.

Aplikasi Amazon bersiaran secara langsung di Singapura awal malam Rabu (waktu tempatan) dan ‘Prime Now’ yang merupakan perkhidmatan agresif yang cuma mengambil masa dua jam sudah boleh digunakan oleh 5 juta populasi rakyat negara itu.

Memetik laporan Tech Crunch, pelancaran itu termasuk “10,000 barangan”, namun bukanlah semuanya menawarkan khidmat ‘Prime New’ kerana ia hanya akan “tiba” tidak lama lagi di Singapura.

Kemasukan Amazon ke Singapura bermakna bakal ada persaingan secara terus dengan Alibaba yang merupakan syarikat pemilik perkhidmatan e-perdagangan berpengkalan di Asia Tenggara iaitu Lazada.

Lazada sendiri menawarkan perkhidmatan premium pada tahun lalu dalam perkongsian perniagaannya dengan Uber, Netflix dan syarikat penghantaran barangan dapur melalui Redmart.

Tidak seperti Amazon, Redmart mengambil masa sekurang-kurangnya sehari untuk memenuhi tempahan pelanggan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *