Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan perkhidmatan yang diberi bebas rasuah.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Han Chee Rull berkata inisiatif proaktif AmanahRaya itu adalah untuk memelihara integriti dan menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa syarikat milik penuh kerajaan itu komited melaksanakan tugas dengan telus.

“Dalam memastikan AmanahRaya melaksanakan tugas dengan mantap, mereka boleh mengambil inisiatif seterusnya dengan mencapai piawaian ISO 37001 iaitu piawaian antarabangsa bagi sistem pengurusan pencegah rasuah,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Adenan Md Yusof berkata pihaknya berjanji akan memastikan kakitangan AmanahRaya bebas rasuah.

“Dengan adanya cadangan daripada SPRM, kita akan berusaha melaksanakan ISO berkenaan,” katanya.

Ditubuhkan pada 1921 dan sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka, AmanahRaya menawarkan khidmat merangkumi pentadbiran harta pusaka; penulisan, penyimpanan dan pelaksanaan wasiat serta perkhidmatan peramanahan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *