PAS Kelantan tidak akan memberi sebarang kerusi kepada Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Mohd Amar berkata Amanah bukan satu ancaman kepada PAS Kelantan dan mengatakan bahawa parti itu tidak akan tewas kepada Barisan Nasional (BN).

“Kami tidak akan duduk dengan Amanah untuk membincangkan mengenai pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya akan datang,” kata Mohd Amar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Hari Sayiddatina Khadijah di sini pada Selasa.

“Adalah menjadi dasar parti untuk tidak mengaitkan diri kita dengan Amanah. Amanah boleh menjadi ancaman, tetapi kami bersedia untuk berhadapan cabaran pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *