LAHAD DATU, Timbalan Perdana Menteri tiba di Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di sini, pagi ini bagi mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada kira-kira jam 10 pagi tadi dengan diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

 

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat Bagi Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) di Ibu Pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Lahad Datu. – Foto Malai Rosmah Tuah

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman; Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan; Pengarah MKN Sabah, Datuk Rodzi Md Saad; dan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Mohd Zubil Mat Som.

Selepas mesyuarat, Ahmad Zahid dijadualkan melawat Pusat Operasi ESSCOM sebelum ke Markas Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu di Jalan Silam, petang nanti.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *