MELAKA, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, di sini, hari ini.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri yang segak berbaju batik kira-kira jam 12.15 tengah hari disambut oleh Mohd Ali dan isteri Puan Sri Asmah Abdul Rahman sekeluarga serta ribuan masyarakat pelbagai kaum yang tiba sejak jam 10 pagi lagi.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah antara 10,000 tetamu yang turut mengunjungi rumah terbuka itu.

Ahmad Zahid meluangkan masa hampir sejam menjamu selera bersama-sama tetamu kenamaan.

Sebelum pulang, Timbalan Perdana Menteri turut mengambil kesempatan bersalaman dengan tetamu yang hadir ke rumah terbuka itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *