Kerajaan Negeri menggalakkan rakyat melakukan aktiviti bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan bebas penyakit sekali gus menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan menjalankan aktiviti riadah serta memberi perhatian mengenai penjagaan kesihatan supaya dapat mencegah pelbagai penyakit peringkat awal kanser, diabetes serta penyakit kronik lain.

‘Pada pagi ini kita bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk galak rakyat sertai kempen hidup sihat yang mempunyai tiga aktiviti iaitu berjalan kaki 10,000 langkah, berbasikal dan senam robik’.

‘Sekarang ini bilangan pesakit baru semakin meningkat seperti penyakit diabetes dan darah tinggi yang berpunca daripada gaya hidup tak sihat dan saya telah meminta EXCO Kesihatan YB Roslee Daud untuk mengadakan program galakan bersukan dalam kalangan rakyat’ katanya selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Sihat Merdeka Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena Minggu Sukan Seberang Takir 7 hingga 9 September di Dataran Permata, Seberang Takir pagi ini.

Hadir sama isteri To Puan Seri Halina Zakaria, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohamad Omar dan hampir 1,000 peserta program.

Ahmad Razif juga mahu daerah-daerah dan kawasan Dewan Undangan Negeri lain turut mengadakan aktiviti bersukan dan kebajikan yang pada yang sama boleh membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup.

‘Kita buat senam robik sambil pada masa yang sama menangani kos sara hidup secara tidak langsung kita dapat bantu masyarakat Dun Seberang Takir beriadah dan sedikit sebanyak mengurangkan beban dalam penyediaan keperluan asas dan ini juga sebagai penyelesaian jangka pendek seperti kita laksanakan sebelum ini seperti dana raya, dana pakaian sekolah dalam P pertama iaitu menangani Peningkatan kos sara hidup’.

‘Memang kita galakan DUN lain buat aktiviti seperti ini dan terpulang kepada Kreativiti DUN masing-masing seperti DUN ada buat program Free Market dan melawat rumah ke rumah dan apa yang penting bagaimana kita nak membantu rakyat seperti minggu lalu Dun Jerteh Besut dalam Hari Pertanian dan Penternakan dan nelayan dengan menjual barang keperluan asas dengan harga yang rendah’, tambahnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *