Seorang ahli perniagaan dari Kanowit menjadi orang pertama mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju di Bintulu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.

Michael Lias, 54, berkata beliau menawarkan diri sebagai calon alternatif kerana menganggap Bintulu sebagai kubu kuat DAP dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya beliau percaya bahawa beliau mempunyai peluang yang baik untuk melakukan kejutan.

Michael dijangka akan berdepan dengan Majang Renggie daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) mewakili BN dan Zharudin Narudin, seorang jurutera merangkap ahli perniagaan daripada PAS.

Kawasan pilihan raya DUN Samalaju mempunyai lebih 12,000 pengundi berdaftar.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *