KUALA TERENGGANU, Talian Hotline Pejabat Menteri Besar yang diperkenalkan sejak sebulan lalu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat negeri ini.

Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, talian ini yang dibuka 24 jam sehari menjadi platform kepada rakyat menyuarakan masalah yang dihadapi melalui panggilan telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp.

‘Talian Aduan dapat sambutan amat menggalakkan dan kita terima lebih 100 aduan sehari dan kita buka 24 jam sehari dengan dipantau oleh pegawai Pejabat Menteri Besar’.

‘Antara aduan yang dilaporkan adalah isu setempat seperti longkang, permohonan rumah, bantuan pakaian sekolah dan isu ini mungkin kecik bagi kita tapi besar bagi rakyat dan semua isu ini perlu diketengahkan dan diselesaikan’.

‘Setiap masalah akan diselesaikan di peringkat DUN masing-masing mengikut jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat’.

‘Lima pegawai Pejabat Menteri Besar diletakkan untuk menjaga dan mengambil tindakan dalam talian aduan dan jumlah pegawai akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan semasa’, katanya pada ahad.

Talian Hotline Pejabat Menteri Besar yang menguna pakai tagline ‘Mudoh Sokmo’ melalui talian 09 6225994 (waktu pejabat) dan 012 6103900 (luar waktu pejabat) diwujudkan bagi mengenal pasti masalah semasa rakyat dan tindakan penyelesaian selaras dengan gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu prinsip Inklusif ‘suara rakyat suara keramat’.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *