Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Datuk Adam Rosly tidak segan mempamerkan kekayaan beliau dengan memuat naik gambar-gambar kereta mewah dan kediaman keduanya di media sosial.

Menerusi akaun Instagramnya, Adam memuat naik gambar sebuah banglo yang baru diubah suai di Putrajaya pada September tahun lalu.

“Alhamdulillah, kerja-kerja pengubahsuaian rumah saya selesai. #ThanksAllah,” menurut keterangan gambar berkenaan.

Mengulas mengenai gambar banglo dua tingkat itu, Adam berkata, ‘rumah kedua’ itu terletak di Putrajaya.

Banglo di Putrajaya.

Beliau turut berkongsi gambar ruang tamu banglonya yang memaparkan perabot moden dan sofa besar dengan rekaan berbentuk L.

Adam, 28, turut berkongsi beberapa gambar kereta mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke.

Akaun Instagramnya memaparkan gambar-gambar Mercedes-Benz CLA250, Mercedes-Benz CLS, BMW Z4, Mini Cooper dan Range Rover Evoque.

Beliau turut berkongsi gambar istiadat pengurniaan dan majlis perkahwinannya pada Februari tahun lalu.

Selain itu, akaun Instagram dan Twitter milik Adam turut menunjukkan beliau sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang menghadiri beberapa majlis.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *