Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abd Rahman didenda RM2,000 selepas Mahkamah Sesyen di sini mendapati beliau bersalah kerana menghasut.

Mahkamah yang sama pada Mei lalu membebaskan beliau atas tuduhan utama kerana mengeluarkan perkataan berbaur hasutan namun mengarahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan itu kerana menerbitkan satu artikel bertajuk “Kedatangan pendatang Cina bersama penjajah British satu bentuk pencerobohan” di laman web Isma dua tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan Abdullah Zaik membayar denda atau dipenjara selama dua tahun jika gagal berbuat demikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di ibu pejabat Isma di Bangi pada 6 Mei , 2014.

Abdullah Zaik kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau menerima keputusan mahkamah itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *