Kira-kira 80 buah rumah setinggan di Kampung Tanjung Kapor, Kudat, musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata, pihak bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pada 1.48 pagi dan mengerahkan empat jentera dan 28 anggota ke lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal daripada merebak pada 4.28 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 7.08 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *