Lapan universiti tempatan dianugerahkan penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) 2017.

Lapan universiti berkenaan ialah Universiti Malaya (UM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Teknologi Petronas (UTP); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Sains Malaysia (USM); International Medical University Malaysia (IMU), Monash University Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata sebanyak 58 daripada 71 universiti dan kolej universiti yang layak dinilai SETARA 2017 berjaya mencapai penarafan empat bintang ke atas.

Katanya daripada 58 institusi, lapan universiti mencapai enam bintang (sangat cemerlang), 21 universiti mendapat lima bintang (cemerlang) manakala 29 universiti lagi menerima empat bintang (sangat baik).

“Selepas empat tahun (2013) kita telah mula penarafan dan hari ini berjaya dengan SETARA baharu yang mengukur kemampuan universiti-universiti kita di peringkat kecemerlangan negara dan juga sebenarnya setara dengan penandaaras di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil SETARA 2017 kepada universiti berkenaan dan pelancaran instrumen penilaian SETARA 2017 hari ini.

Idris berkata SETARA 2017 dilaksanakan melalui penilaian beberapa kriteria antaranya keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi. Sebanyak 21 universiti yang dikategorikan penarafan lima bintang (cemerlang) SETARA 2017 ialah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Universiti Utara Malaysia (UUM); Swinburne University of Technology (Kampus Sarawak); Curtin University; The University of Nottingham Malaysia Campus; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Turut tersenarai ialah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP); Universiti Teknologi MARA (UiTM); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Taylor’s University; UCSI University; Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Management and Science University (MSU); Sunway University; Asia Pacific University of Technolgy and Innovation (APU); Universiti Malaysia Terengganu (UMT); The Global University of Islamic Finance (INCEIF); Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Cyberjaya University College of Me

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *