Share on Facebook

QUETTA, Sekurang-kurangnya lima maut, manakala lebih 16 cedera selepas dua pengebom nekad menyerang sebuah gereja di barat daya Pakistan, hari ini.

Menteri Dalam Negeri wilayah Baluchistan, Sarfraz Bugti, berkata penyerang memakai baju berisi bahan letupan dan meletupkannya sebaik sahaja upacara sembahyang berakhir.

“Pengebom nekad turut melepaskan tembakan ke arah penganut Kristian,” kata Sarfraz.

Menurut ketua polis wilayah, Moazzam Jah, pihak polis turut melepas tembakan ke arah penyerang bagi menghalang mereka daripada masuk ke dalam gereja.

“Ketika kejadian, ada kira-kira 400 orang dalam gereja, namun penyerang gagal masuk ke dalam.

“Kami menembak mati seorang daripada penyerang, manakala seorang lagi meletupkan diri selepas cedera terkena tembakan anggota polis,” katanya. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *