Sebanyak 37 buah rumah termasuk sebuah bengkel di 17 buah kampung di sini mengalami kerosakan setelah dilanda ribut yang berlaku kira-kira pukul 6 petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Temerloh Hasanuddin Husein berkata hujan lebat dan angin kuat yang berlaku selama setengah jam itu menyebabkan atap dan bumbung rumah penduduk terbang ditiup angin.

“Malah, ada juga dinding rumah penduduk yang rosak akibat dihempap dahan pokok, selain banyak pokok tumbang menyebabkan beberapa buah kampung terputus bekalan elektrik,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan dilaporkan dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

Menurutnya, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Batu Kapur, Batu Satu, Sungai Buluh, Semantan, Lubuk Kawah, Megat Segama, Taman Seri Semantan dan Pekan Lanchang.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta beberapa agensi kerajaan yang lain kini giat membersihkan kawasan terlibat selain memberikan bantuan kilat kepada mangsa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *