Seramai 300,000 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di seluruh negara kini siap sedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kejadian bencana berikutan fenomena La Nina yang dijangka melanda negara bulan depan.

Ketua Pengarah JPAM Datuk Ogu Salim Omar berkata selain aspek keanggotaan, peralatan dan jentera yang akan digunakan dalam keadaan kecemasan seperti banjir dan tanah runtuh juga telah disediakan.

“JPAM telah lama bersiap sedia bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku, kita ada lebih 900,000 anggota namun hanya 300,000 yang boleh digerakkan dalam masa tiga jam pertama sewaktu berlaku kecemasan.

“Kelengkapan seperti lori, kenderaan pacuan empat roda, bot, ambulans dan lain-lain juga telah disediakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program JPAM Perak bersama komuniti setempat di sini hari ini.

“Kita juga telah mengenal pasti beberapa kawasan yang berisiko banjir.

“Contohnya di Kuala Kangsar ini sebanyak 43 kampung di sepanjang pesisiran Sungai Perak ini telah diberi kesedaran mengenai hal itu,” katanya.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan Ogu Salim berkata JPAM turut meletakkan seramai 300 anggota dalam keadaan bersiap sedia untuk menjaga keselamatan dan memberi bantuan kecemasan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *