Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Warga Korea Utara Ke Malaysia Dikenakan Visa – TPM

Warga Korea Utara Ke Malaysia Dikenakan Visa – TPM

Berkuat kuasa Isnin ini, semua warga Korea Utara yang ingin memasuki Malaysia akan dikenakan visa, umum Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata keputusan yang akan diwartakan segera itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan negara sebagai keutamaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini Khamis.

Ahmad Zahid berkata tindakan mengenakan visa itu diputuskan beliau atas kapasitinya sebagai Menteri Dalam Negeri.

“Diharap langkah Kementerian Dalam Negeri ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen demi keselamatan negara,” katanya.

Sebelum ini, kunjungan rakyat dari kedua-dua negara sama ada untuk ke Korea Utara dan Malaysia hanya perlu menggunakan pasport.

Leave a Reply

Top