Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Wanita Bukan ‘Buih-Buih’ Dilautan

Wanita Bukan ‘Buih-Buih’ Dilautan

Pergerakan Wanita UMNO menerusi Jalinan Rakyat Plus (JRPlus) diberi amanah meneraju jentera bersepadu pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14).

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata ia membawa petanda Wanita bukan umpama buih di lautan, sebaliknya bergabung menjadi gelombang yang menggunung dan mengharung fitnah demi negara yang tertegak gagah.

Katanya, harapan disandarkan kepada pihaknya akan dipikul dengan penuh kesungguhan.

“Wanita berikrar, PRU-14 nanti, bersama anak Pemuda, Puteri ganding bersama parti komponen Barisan Nasional dan bergabung (seiring) aspirasi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak).

“Kami akan cari pencari undi, penentu undi, perayu undi, pengekal undi, hatta pemecah undi di mana yang perlu.

“Insya-Allah, selagi kita berdiri atas nawaitu (niat) yang satu, demi agama, bangsa dan negara, UMNO terus kukuh mengemudi pertiwi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini

Leave a Reply

Top