Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > UMNO Padang Terap Perlu Perkemas Senarai Aduan

UMNO Padang Terap Perlu Perkemas Senarai Aduan

Anggota Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta semua anggota jawatankuasa cawangan UMNO di sini supaya memperkemas senarai semak aduan penduduk bagi memastikan masalah berbangkit ditangani.

Beliau berkata senarai semak itu penting kerana ia kelak menjadi rujukan bagi setiap wakil rakyat di sesebuah kawasan.

“Dengan adanya senarai semak itu, kita dapat menilai sejauh mana masalah yang wujud di sesuatu tempat itu dan memudahkan tindakan diambil,” katanya ketika berucap merasmikan serentak Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO Padang Terap di sini, hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan turut meminta semua cawangan UMNO mengukuhkan perpaduan dan memastikan janji-janji dalam manifesto dikotakan.

“Kita tidak mahu apa yang dilakar dalam manifesto ketika Pilihan Raya Umum dianggap sekadar janji manis. Jadi, kerjasama erat sesama cawangan dapat memastikan setiap janji itu ditunaikan,” katanya.

Leave a Reply

Top