Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Terima Kasih DSSK

Terima Kasih DSSK

Oleh : Zabidi Hj Saidi

Terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang sudi menyempurnakan majlis prapelancaran buku Panduan VVIP Malaysia di Wow KL, Matic tengahari semalam.

Walaupun beliau sibuk dengan tugas rasmi, beliau tiba awal 11.40 pagi di Matic yang mana majlis itu sepatutnya bermula jam 12 tengahari. Seperti biasa beliau tidak berucap di majlis anjuran bukan kementerian (Masa melancarkan buku Bajau Musli Oli di Hotel Seri Pacific dua bulan lepas, beliau pun tidak berucap).

Beliau menandatangani plak pelancaran buku yang bermakna buku Panduan VVIP Malaysia yang diterbitkan oleh Mysuit Styles Sdn Bhd akan siap dalam masa enam bulan akan datang. Apabila saya menghantar whatsapp kepada rakan rakan yang bergelar Dato, ramai yang bertanya saya adakah buku itu sudah siap. Sebenarnya buku ini belum ditulis.

Majlis yang diadakan semalam adalah untuk memohon persetujuan hadirin yang terdiri dari Tan Sri, Dato Seri dan Dato untuk dibukukan kisah kehidupan mereka dalam buku yang dijangka memuatkan 100 orang penerima darjah kebesaran sama ada dari Yang Dipertuan Agong atau Sultan atau Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri (TYT).

Semalam hampir 200 orang Tan Sri dan Dato telah menghadiri majlis kami. Ini bermakna jika merela bersetuju kisah hidup mereka dibukukan maka edisi pertama dijangka siap pada bulan Jun 2018.

Jika Tun, Tan Sri, Dato Seri, Dato bersetuju menyertai buku kami, kami akan adakan aktiviti bulanan buat mereka yang mana ia akan menjadi kelab ekseklusif  untuk mereka yang muncul dalam buku Panduan VVIP Malaysia.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir seperti Tan Sri M. Kayveas, Dato Suhaimi Ibrahim, Dato Ghafar Nin, Dato Zulkifli Salleh, Dato Kamarulzaman Idris, Dato Hakim, Dato Rahman Hassan dan ramai lagi. Ramai Dato yang menghubungi saya tak dapat hadir seperti  CEO Tulangis Maju Sdn Bhd, Dato Seri Rahim Husin, pegawai khas TPM, Datuk Norzihan Tamby dan bekas Mufti Terengganu, Dato Ismail Yahya.

Jika Tun, Tan Sri, Dato Seri, Dato bersetuju supaya kisah mereka dibukukan maka mereka bolehlah hubungi ejen pemasaran kami iaitu  Johny Chong( 0127271261), John Chen (0164144293), Mee Leng (0195544130), Puvaa(0163353167), Rama (0123212722), Shamsu Hazli Mamat (0176222280), Komar (0132627851), Ida (01123152229) dan Kit ( 0192006788).

Terima kasih kepada semua artis yang menjayakan persembahan seperti Kumpulan Hijaz dan Wilson Tin. Juga terima kasih kepada semua penaja termasuk Forest City, Crazy Mall dan lain lain.

Leave a Reply

Top