Anda di sini!
Utama > Ekonomi > Samsung Electronics Catat Keputusan Kukuh Pada 2016

Samsung Electronics Catat Keputusan Kukuh Pada 2016

Hasil tahun penuh 2016 Samsung Electronics Co Ltd meningkat kepada 201.87 trilion Korean Won (100 Korean Won = RM0.3794) daripada 200.65 trilion Korean Won pada 2015.

Keuntungan operasi meningkat kepada 29.24 trilion Korean Won daripada 26.41 trilion Korean Won pada tahun sebelumnya.

Samsung dalam satu kenyataan berkata syarikat tersebut masih dapat mencapai keputusan memberangsangkan itu meskipun penghentian jualan Note 7 pada separuh kedua 2016.

Pada masa hadapan, Samsung berkata ia akan terus berinovasi dalam perisian dan perkakasannya dan memberi keutamaan kepada keselamatan pengguna.

“Walaupun pertumbuhan pasaran telefon pintar global dijangka perlahan tahun ini, perkhidmatan baharu seperti kepintaran tiruan akan menjadi faktor pembeza.

“Perniagaan mudah alih akan mengukuhkan penerajuannya dalam pasaran premium dan meningkatkan daya saing telefon pintar berharga sederhana dan rendah dengan menambah ciri-ciri inovatif yang ada dalam model berharga mahal,” kata syarikat itu.

Leave a Reply

Top