Anda di sini!
Utama > Sukan > Ryan Giggs Bakal Dilantik Jurulatih Celtic

Ryan Giggs Bakal Dilantik Jurulatih Celtic

Ryan Giggs disebut bakal dilantik sebagai jurulatih Celtic bagi menggantikan Ronny Deila.

Deila yang kini memimpin skuad gergasi Scotland itu mengesahkan untuk melepaskan jawatan berkenaan pada akhir musim ini.

Berikutan itu, Giggs yang merupakan penolong Van Gaal ketika ini disebut akan dilantik sebagai jurulatih baharu Celtic.

Bagaimanapun difahamkan, Giggs tidak akan melepaskan jawatan di United dengan mudah jika tiada perjanjian jangka panjang diberikan oleh Celtic.

Giggs turut disebut sebagai ketua jurulatih di United sekiranya Van Gaal meninggalkan kelab berkenaan pada musim depan.

Bagaimanapun, jawatan Van Gaal dijangka akan diberikan kepada Jose Mourinho yang dipecat Chelsea pada Disember lalu.

Leave a Reply

Top