Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Rozi Mamat Lega Terengganu Kembali Ke Liga Super

Rozi Mamat Lega Terengganu Kembali Ke Liga Super

KUALA TERENGGANU, Pasukan Bola Sepak Terengganu kini dilihat mempunyai harapan baharu untuk bersinar selepas kembali layak menduduki Liga Super musim hadapan meskipun gagal menjuarai takhta Liga Perdana 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata pada musim ini mereka hanya mahukan Terengganu mengekalkan momentum untuk kembali  beraksi di liga utama dan ia telah direalisasikan ketika Terengganu menundukkan PDRM 3-0 pada 26 Okt lalu.

“Siapa yang tidak ingin menjadi juara. Tapi apakan daya kita hanya mampu menghuni tangga kedua Liga Perdana. Namun itu sudah  cukup, mereka telah mencapai matlamat dan misi utama bagi musim ini untuk kembali mengejar mata agar dapat beraksi di Liga Super dan Alhamdulillah kita telah melepasinya.

“Kalau ikutkan kita memang tidak puas hati. Tapi mereka telah mencapai KPI yang ditetapkan, tiada masalah cuma kita harus berusaha untuk meletakkan Terengganu kembai gah sebagai kuasa bola sepak seperti yang disegani satu masa dahulu,” katanya kepada pemberita pada sabtu.

Dalam perlawanan terakhir malam tadi, Terengganu tewas 0-3 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan gagal menjuarai takhta Liga Perdana.

Rozi menafikan khabar skuad Terengganu akan dibubarkan tetapi akan disusun dan distruktur kembali agi memajukan kembali bola sepak Terengganu.

“Kita tidak kata kita akan bubar mana-man pasukan. Cuma kita akan menjenamakannya kembali. Walaupun tukar nama sekalipun, masih orang yang sama akan bermain dan mengendalikan pasukan berkenaan.

“Saya cuma akan pastikan akan berlakunya satu perubahan drastik, bukan bubarkan T-Team atau Terengganu, cuma kita akan perhalusi dan susun strategi baharu kerana kita mahukan hasil. Kita pakai duit rakyat yang banyak dan sudah tentu kita inginkan yang terbaik,” katanya.

Leave a Reply

Top