Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pulau Sembilan Ditutup Kepada Semua Aktiviti

Pulau Sembilan Ditutup Kepada Semua Aktiviti

Pulau Sembilan akan ditutup kepada sebarang aktiviti pelancongan berkuat kuasa 1 April depan.

Exco Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, penutupan itu disebabkan berlaku kerosakan ekosistem alam yang terdapat di pulau berkenaan.

“Kita akan tutup buat sementara bermula 1 April depan dan ia berpunca daripada kerosakan yang berlaku terutama membabitkan pasir biru di beberapa kawasan sepanjang pantai tersebut.

“Kita juga tak boleh jangkakan bila ia akan dibuka semula pada orang ramai kerana ia melibatkan pelbagai proses termasuk memastikan pemulihan dapat dibuat dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelepasan Bas Perak Transit Dengan Usahasama Tourism Perak Sempena Tahun Melawat Perak 2017, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Bukan Eksekutif Perak Transit, Tan Sri Chang Ko Youn.

Leave a Reply

Top