Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > PM Mahu Bantuan Banjir Mencukupi

PM Mahu Bantuan Banjir Mencukupi

Kerajaan akan memastikan bantuan mencukupi disalur bagi mangsa banjir di beberapa negeri di selatan dan pantai timur, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, keadaan negeri terbabit dipantau rapi bagi melihat perkembangan semasa bencana.

“Saya harap semua yang terbabit tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya menerusi entri di akaun Twitter rasminya @NajibRazak, hari ini.

Terkini, bilangan sekolah di Pahang yang ditutup akibat banjir meningkat kepada 15 berbanding 11 buah semalam.

Antara kawasan yang dilapor teruk dilanda banjir ialah Kuantan, Pahang; Kuala Krai dan Tanah Merah masing-masing di Kelantan serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Leave a Reply

Top