Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Permohonan Dana Bakti Remaja TOM Dibuka Hari Ini

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM Dibuka Hari Ini

KUALA TERENGGANU, Permohonan Online bagi Dana Transformasi Orang Muda (TOM) menerusi laman web iDanaTTB telah dibuka hari ini selama sebulan iaitu bermula 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018.

Golongan muda yang berusia 21 tahun sehingga 40 tahun berstatus bujang boleh memohon dana bantuan dibawah Kerajaan Negeri Terengganu ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia, Sukan dan Sumber Manusia Setiausaha Kerajaan negeri Terengganu pemohon baharu atau lama perlu mendaftar di laman web http://danattb.terengganu.gov.my.

Pemohonan yang telah siap perlu dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) masing-masing untuk tandangan dan pengesahan.

Penyerahan bantuan akan diagihkan kepada penerima mulai 27 Januari 2018 sehingga 18 Oktober 2018.

4 kategori akan dibuka untuk dibuat pilihan kepada pemohon-pemohon rakyat negeri Terengganu.

1 – Saf Orang Muda (SOM)

2 – Komuniti Orang Muda (KOM)

3 – Sukan Orang Muda (SuKOM)

4 – Perantau Orang Muda (PrOM)

One thought on “Permohonan Dana Bakti Remaja TOM Dibuka Hari Ini

Leave a Reply

Top