Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Penyokong Dan Penentang Presiden Turki Bertempur Di Belgium

Penyokong Dan Penentang Presiden Turki Bertempur Di Belgium

BRUSSELS, Beberapa orang cedera dalam insiden pertempuran antara penyokong dan penentang Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan, di depan pejabat konsulat Turki dekat sini, kata polis Belgium.

“Insiden serius tercetus antara penyokong dan penentang rejim Turki di jalan raya, luar pejabat Konsulat Turki. Ramai yang cedera dan dibawa ke hospital,” kata jurucakap polis, Ilse van de Keere kepada AFP.

Keere tidak memberikan butiran lanjut jumlah mereka yang cedera sambil menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu yang ‘sensitif’.

Kejadian berlaku pada hari ketiga pengundi Turki di Belgium membenarkan pengundian awal pungutan suara untuk membantu memperkasakan kuasa Erdogan.

Pengundi Turki di Austria, Denmark, Perancis, Jerman dan Switzerland juga boleh berbuat demikian untuk tempoh dua minggu hingga 9 April ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri Belgium, Charles Michel, mengutuk keganasan yang berlaku menerusi akaun Twitter miliknya dan mengatakan kerajaan tidak bertolak ansur dengan insiden sedemikian membabitkan pungutan suara Turki. – AFP

Leave a Reply

Top