Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan Dunia – TPM

Pengganas Nuklear Amat Membimbangkan Dunia – TPM

Ancaman pengganas nuklear yang mempunyai impak besar kepada keselamatan dunia menjadi topik utama perbincangan pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) di sini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu ancaman penganas nuklear ‘bukan sahaja menjadi kepentingan sesebuah negara malah kepentingan sejagat kerana keselamatan global adalah perkara yang penting.”

“Untuk itu, keperihatinan dan kepedulian pemimpin-pemimpin dunia mengenainya adalah amat penting,” katanya kepada pemberita Malaysia pada Khamis malam.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Ahmad Zahid berkata perkara itu dizahirkan pada perbincangan semasa majlis makan malam yang dihoskan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sempena NSS yang bertema ‘Evaluating the Threat’ (Menilai Ancaman) di White House di sini, yang dihadiri ketua-ketua delegasi daripada 53 negara.

Leave a Reply

Top