Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pelajar Menyusup Keluar Dibawa Ke Lokasi Kejadian

Pelajar Menyusup Keluar Dibawa Ke Lokasi Kejadian

KUALA LUMPUR, Polis Kuala Lumpur membawa seorang pelajar pusat tahfiz, Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, yang dipercayai menyelinap keluar dari premis berkenaan sejam sebelum kebakaran berlaku bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak itu dibawa bersama seorang lagi pelajar pusat tahfiz sama oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat diterima, polis membawa kanak-kanak itu ke lokasi kejadian sebagai membantu melengkapkan siasatan.

Dia didapati dibawa menaiki kereta jenis PROTON Preve milik JSJ Kuala Lumpur, sekitar jam 4 petang tadi sebelum beredar dua jam kemudian.

Selain itu dia juga akan diminta untuk memberikan butiran maklumat terperinci berhubung sebarang pergerakan atau faktor mencurigakan yang dilihatnya semasa dia cuba menyelinap keluar melalui pagar belakang pusat tahfiz menuju ke arah Taman Tasik Datuk Keramat.

Leave a Reply

Top