Kerajaan Pakistan mula membina tembok sempadan dengan Afghanistan sepanjang 2,500 kilometer dalam usaha bagi mengelakkan serangan kumpulan militan.

Jeneral Qamar Javed Bajwa berkata, pembinaan awal tembok akan memberi tumpuan kepada zon ancaman tinggi di Bajaur dan Mohmand di Kawasan Puak Pentadbiran Persekutuan (FATA), yang bersempadan dengan wilayah Nangahar dan Kunar, Kabul.

“Kerajaan sedang berusaha meluaskan mekanisme keselamatan dua hala. Pengawasan teknikal tambahan juga akan ditempatkan selain pengawasan udara.

“Sempadan yang selamat, aman dan diuruskan dengan lebih baik adalah demi kepentingan bersama,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Hubungan antara Kabul dan Islamabad semakin meruncing selepas kedua-dua negara saling menuduh antara satu sama lain kerana tidak menentang militan Taliban secara habis-habisan.

Dalam beberapa siri serangan maut di Pakistan baru-baru ini, Islamabad menyalahkan Taliban dari Afghanistan dan menggesa Kabul untuk menghapuskan perlindungan untuk militan. – Reuters

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *