Share on Facebook

KOTA KINABALU, Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata komuniti Cina mempunyai peranan yang penting dalam memacu ekonomi di Sabah khususnya dari segi perdagangan dan keusahawanan.

Sehubungan itu, Musa menyeru agar semua masyarakat Cina di negeri ini terus menyokong aspirasi dan program pembangunan kerajaan untuk memastikan rakyat di negeri ini mendapat manfaat daripada negara yang berpendapatan tinggi.

“Kerajaan sangat menghargai semua kaum di negara ini dan ia akan membawa kekuatan kepada negara kita. Oleh itu kestabilan politik dinikmati ketika ini perlu dikekalkan untuk membawa lebih banyak kemajuan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2018 anjuran Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah (USCCA) di sini hari ini.

Mengulas mengenai majlis itu, Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menggalakkan penganjuran pesta itu dan barharap ia akan terus dianjurkan pada masa hadapan.

“Kita sangat alu-alukan penganjuran acara ini kerana ia penting untuk komuniti Cina memperlihatkan kebudayaan mereka, sekali gus menunjukkan keindahan warna-warni masyarakat pelbagai kaum serta kekukuhan semangat perpaduan di Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM200,000 kepada USCCA.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *