Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Dr Seri Salleh Said Keruak berkata dengan pendedahan terbaharu berhubung skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) dan tukaran wang asing meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam keadaan begitu pelik.

Beliau berkata posting terbaharu bekas perdana menteri itu mengenai isu tersebut dalam blognya mendedahkan sikap hipokrasi dan dolak-dalik beliau.

“Dengan cubaannya untuk menjelaskan isu berkenaan dan menganggapnya sebagai tiada benda, ia jelas mendedahkan hipokrasi dan kepura-puraan beliau.

“Ini adalah kesimpulan yang setiap orang boleh buat dengan sikap sangat bertahan dalam posting chedet.com,” kata Salleh dalam blognya http://sskeruak.blogspot.my/, malam tadi.

Beliau berkata tanpa boleh dipersoalkan, laporan Agensi Risikan Pusat (CIA) menunjukkan kebertanggungjawaban Mahathir dalam kehilangan mega bilion yang dialami negara.

Salleh berkata sebagai biasa, Mahathir menyalahkan orang lain kecuali dirinya bagi bencana kewangan yang disebutkan itu.

Beliau berkata skandal tersebut membuatkan Mahathir sebagai orang terakhir yang paling layak dan cukup berwibawa untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meletak jawatan dengan menggunakan pakai alasan 1Malaysia Development Berhad 1MDB.

“Sementara Mahathir enggan menerima tanggungjawab kepada skandal BMF dan tukaran wang asing, beliau menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk menjatuhkan perdana menteri.

“Kebenarannya ialah 1MDB telah disabotaj untuk dijadikan satu masalah dan ia bermula dengan sabotaj terhadap IPO (tawaran permulaan awamnya),” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *