Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kumpulan Pertama Haji Bertolak 24 Julai

Kumpulan Pertama Haji Bertolak 24 Julai

KUALA LUMPUR, Kumpulan pertama bakal jemaah haji Malaysia bagi sesi 1438 Hijrah akan mula berlepas ke Makkah menerusi penerbangan pada 24 Julai depan.

Seramai 30,200 orang jemaah haji Malaysia bakal menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata surat tawaran sudah dihantar kepada bakal jemaah haji berkenaan.

“Segala persiapan sudah dilaksanakan dan berjalan lancar termasuk menghantar surat tawaran kepada bakal jemaah haji berkenaan.

“Semua (bakal jemaah) sudah diberi surat (tawaran). Mereka pun dah jawab,”

katanya pada sidang media selepas menyerahkan dua buah kereta Proton Exora 1.6 CVT Turbo Executive kepada johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) kali ke-60 di sini.

Johan tilawah itu disandang Qari Wilayah Persekutuan, Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, 41. Manakala Qariah pula dari Negeri Sembilan, Normalina Alias, 35.

Leave a Reply

Top