Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kos Sara Hidup, Pemilikan Rumah Ditangani Segera Kerajaan – TPM

Kos Sara Hidup, Pemilikan Rumah Ditangani Segera Kerajaan – TPM

Isu kos sara hidup dan pemilikan rumah menjadi agenda utama untuk ditangani kerajaan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Sememangnya, aspek berkenaan menjadi tumpuan utama kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan rakyat. Selain itu, kerajaan akan berusaha memastikan wujudnya keseimbangan prasarana yang dibina di kawasan bandar dan luar bandar seperti yang diharapkan Seri Paduka.

“Apa yang penting ialah bagaimana kestabilan ekonomi dapat diuruskan bagi perancangan 30 tahun akan datang apabila Transformasi Nasional (TN50) mengambil kira pandangan kumpulan muda…kita jangka maklum balas diperoleh menjadi kerangka dan dasar hala tuju untuk menjadi negara 20 teratas,” katanya.

Dua aspek berkenaan mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V semasa bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid (BN-Bagan Datuk) yang juga Menteri Dalam Negeri turut bangga apabila pencapaian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga keselamatan dan pertahanan negara turut menjadi fokus utama titah Sultan Muhammad V.

Leave a Reply

Top