Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Kes Rasuah Terbesar Indonesia

Kes Rasuah Terbesar Indonesia

Kerajaan Indonesia, kelmarin telah memulakan siasatan ke atas kes rasuah terbesar melibatkan bekas menteri dan ahli politik berpengaruh.

Antara tokoh berprofil tinggi yang berdepan dakwaan di Mahkamah Antirasuah Khas itu adalah Menteri Kehakiman, Yasonna Laoly, bekas Menteri Dalam Negeri, Gamawan Fauzi, Speaker Parlimen, Setya Novanto dan ahli Parlimen terkenal.

 Kesemua mereka dituduh menerima wang suapan berhubung dana tabung kerajaan untuk pengeluaran kad pengenalan elektronik atau e-KTP kepada 255 juta penduduk di negara itu.

Skandal rasuah yang dipercayai berlaku dari 2009 hingga 2015 itu melibatkan AS$170 juta (RM756 juta) yang mana bajet yang diperuntukkan untuk skim kad pengenalan itu adalah kira-kira AS$370 juta (RM1.6 bilion).

Dalam sesi perbicaraan pertama, mahkamah itu turut mendengar keterangan daripada bekas kakitangan dan salah seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri.

Leave a Reply

Top