Share on Facebook

KUALA LUMPUR, Kerajaan negeri Terengganu menyumbangkan sebanyak RM2.3 juta kepada Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) untuk kegunaan dan keperluan pelarian Rohingya di Cox’s Bazar Bangladesh.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pemberian ini adalah hasil kutipan dan derma kerajaan negeri dan rakyat sebagai tanda simpati dan sokongan kepada masyarakat Islam yang ditindas oleh pemerintah Myanmar.

Tambahnya sumbangan itu termasuk pembinaan sebuah surau bagi kegunaan pelarian dan menyediakan barangan keperluan harian seperti naskah al-Quran, klinik keluarga dan pembinaan telaga.

Ahmad Razif memberitahu bagi pembinaan surau akan mengambil masa beberapa bulan mengikut keadaan tempat di sana dan kelulusan daripada pihak kerajaan Bangladesh.

Beliau ditemui media selepas majlis penyerahan replika cek sumbangan berkenaan kepada MERCY Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail dan Presiden MERCY Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Mengikut perancangan sebelum ini beliau bersama wakil kerajaan akan ke Bangladesh untuk menyerahkan bantuan terus kepada pihak di Cox’s Bazar namun disebabkan kekangan waktu memilih MERCY Malaysia sebagai wakil kerajaan negeri untuk melaksanakan misi bantuan kemanusian itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *