Anda di sini!
Utama > Sukan > Kedah Rai Faiz Subri

Kedah Rai Faiz Subri

Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Faiz Subri menerima RM20,000 daripada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebagai penghargaan di atas kejayaan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pemain kelahiran anak jati Jerlun, Kedah itu secara tidak langsung telah menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda lain bukan sahaja di negeri itu namun di seluruh negara untuk berjaya dalam sukan bola sepak.

Menurutnya, pihaknya juga akan membantu keluarga Faiz Subri yang pernah bergelar pemain Piala Presiden Kedah pada 2006 sehingga 2009.

“Walaupun Faiz bukan bermain bersama Kedah namun kami tetap berbangga sebagai rakyat di negeri ini dan paling penting beliau telah mengharumkan Malaysia di mata dunia.

“Perjumpaan kali ini turut melibatkan pemain muda Kedah sebagai dorongan kepada mereka untuk lebih bersungguh-sungguh dalam mencontohi kejayaan Faiz,” katanya dalam satu perjumpaan mesra di dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah di Mentaloon, pada Ahad.

Leave a Reply

Top