Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Kadar Jangka Pendek Kekal Stabil

Kadar Jangka Pendek Kekal Stabil

Kadar-kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap kelebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

BNM menganggarkan kecairan hari ini sebanyak RM33.57 bilion dalam sistem konvensional dan RM10.26 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan empat tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM3 bilion untuk tujuh hari dan RM2 bilion masing-masing untuk 14 hari, 21 hari dan 30 hari.

BNM juga akan melaksanakan tender Qard RM2.1 bilion untuk tujuh hari dan RM1 bilion untuk 14 hari serta tender repo berbalik bernilai RM180 juta untuk 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender konvensional sehingga RM24.8 bilion dan tender Qard bernilai RM7.2 bilion.

Leave a Reply

Top