Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jualan Murah Rambutan Di Satok Minggu Ini

Jualan Murah Rambutan Di Satok Minggu Ini

KUCHING, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menjalankan aktiviti jualan Rambutan Anak Sekolah di Medan Niaga Satok di sini pada 6 & 7Jan lepas.

Timbalan Pengarah (Operasi) FAMA Sarawak Abdul Jaafar Lian berkata kira-kira lima tan Rambutan Anak Sekolah  atau varieti R191 akan dijual minggu ini.

Katanya rambutan dari Sri Aman itu akan dijual pada harga murah berbanding harga pasaran sekitar RM8 hingga RM9 sekilogram.

“Di samping menjual pada harga lebih murah, kita mahu mendidik pengguna kerana kebiasaannya mereka suka membeli buah yang terlalu merah dan terlalu masak (Index 6).  “Rambutan Anak Sekolah ada enam index, paling sesuai untuk dimakan malahan untuk pasaran eksport adalah pada Index 3 dan Index 4,” dipetik media bernama hari ini.

‘Rambutan Anak Sekolah’ ditanam penduduk tiga rumah panjang iaitu Rumah Helary Nyelam, Rumah Nimong Empelanjau dan Rumah Sepitson di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari Kuching.

Dibantu FAMA, rambutan Anak Sekolah diusahakan mereka dan mula mengeluarkan hasil sejak 2008 kini mendapat permintaan tinggi untuk pasaran domestik serta eksport.

Leave a Reply

Top