Anda di sini!
Utama > Sukan > Jentera Serangan Felda United Masih Lemah

Jentera Serangan Felda United Masih Lemah

Jurulatih Felda United, Azmi Mohamed memuji semangat juang tinggi yang dipersembahkan anak buahnya pada aksi sulung kelab itu ketika menjinakkan PKNS, 1-0 dalam saingan Liga Super.

Katanya, kemenangan itu memberi suntikan moral untuk mereka mempamerkan prestasi lebih meyakinkan sekali gus memberi saingan dalam liga musim ini.

“Kami mempunyai semangat sepasukan cukup tinggi dan pemain kami pula beraksi sebagai satu unit.

“Saya gembira melihat semangat itu, dan ia akan menjadi platform membawa pasukan ini untuk terus bergerak ke depan.

“Walaupun mereka masih lagi cuba menyesuaikan diri dan mencari rentak serta keserasian dalam permainan, tapi saya fikir perlawanan ini satu permulaan yang baik untuk kami,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal penyerang The Fighters, Norshahrul Idlan Talaha minit ke-68, memastikan tuan rumah mengutip tiga mata berharga.

Bagaimanapun, Azmi akui jentera serangan masih perlu dipertajamkan selepas beberapa kali mensia-siakan peluang terhidang.

Leave a Reply

Top