Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Indonesia Hantar Bantuan Ke Rakhine

Indonesia Hantar Bantuan Ke Rakhine

Indonesia mengikut jejak langkah Malaysia untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada etnik Islam Rohingya di Myanmar, lapor agensi berita Antara.

Presiden Indonesia, Joko Widodo ketika ditemui di Pelabuhan Tanjung Priok di Jakarta Utara, berkata, misi kemanusiaan tersebut melibatkan penghantaran bahan makanan segera, makanan bayi, gandum dan pakaian.

“Saya berharap etnik minoriti Rohingya di negeri Rakhine akan lebih gembira dengan bantuan yang diusahakan ini,” kata beliau.

Barangan tersebut dihantar selepas Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Myanmar.

Sementara itu, Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi menegaskan tentang kepentingan rundingan secara diplomatik untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan.

“Tahap diplomasi Indonesia boleh mencapai matlamat tanpa perlu diselubungi rasa marah.

“Sikap belas ihsan dan kebajikan kita sudah mencukupi,” katanya.

Malaysia turut menghantar bantuan menerusi flotila ke Myanmnar dengan membawa bekalan 200 tan makanan, buat dan barangan keperluan lain.

Misi berkenaan yang diusahakan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Kelab Putra 1Malaysia akan dilaksanakan pada 10 Januari depan.

Leave a Reply

Top