Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Ibu Lepas Gian Bawa Bayi Berusia 4 Bulan

Ibu Lepas Gian Bawa Bayi Berusia 4 Bulan

KUALA LUMPUR, Disebabkan ibunya ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang masih menyusu badan menjadi mangsa apabila turut terpaksa bermalam di lokap.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Dr. Abd Halim Mohd Hussin berkata wanita berusia 29 tahun itu yang ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Chow Kit di sini pada 2.30 pagi ini, adalah antara 112 individu ditahan dalam Operasi Perdana AADK di sekitar ibu negara sejak Khamis.

Bercakap kepada wartawan selepas operasi tersebut hari ini, beliau berkata tiga lagi rakan wanita yang berada dalam bilik yang sama turut ditahan dan disahkan positif Methamphetamine.

Abd Halim berkata wanita berkenaan dan bayinya akan ditempatkan di pusat pemulihan bagi memastikan masa depan bayi itu terjamin kelak.

Dalam operasi itu, Abd. Halim berkata pihaknya menyasarkan 10 kawasan tumpuan di ibu kota yang dipercayai menjadi sarang penagih dadah seperti di perumahan awam dan hotel bajet.

Katanya, sewaan bilik serendah RM35 semalam adalah antara faktor penagih memilih hotel bajet sebagai ‘port’ untuk memuaskan ketagihan mereka.

Leave a Reply

Top