Tan Sri Rafidah Aziz menggesa rakyat Malaysia untuk melihat melangkaui nombor dan statistik bagi membuktikan bahawa negara ini sedang menuju ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Dalam posting di Facebook pada Isnin, bekas anggota kabinet ini berkata, adalah jauh lebih penting untuk rakyat menjiwai negara Malaysia.
“Jiwa bangsa kita yang akan menentukan watak Malaysia pada masa depan,” katanya.

Rafidah berkata untuk lebih menjiwai negara pada masa depan, golongan muda hari ini perlu dipupuk untuk mempunyai nilai-nilai, prinsip, pemikiran, sikap, norma, persepsi, pandangan, motivasi, tingkah laku dan tindakan.

“Mereka (belia) boleh menggerakkan Malaysia ke tahap kejayaan yang lebih tinggi…menjadikan Malaysia sebuah negara yang mendapat penghormatan daripada masyarakat global,” katanya.

Rafidah juga berkata adalah sia-sia untuk membuat spekulasi tentang apa akan jadi kepada Malaysia pada masa akan datang.

“(Malaysia) akan muncul daripada apa yang generasi kita hari ini dan kejayaan generasi berturut-turut lakukan dalam masyarakat dan ekonomi kita.

“Ini termasuk institusi asas dalam masyarakat, keluarga, politik, institusi ekonomi, sektor perniagaan, institusi yang diamanahkan untuk memastikan undang-undang dan peraturan dan institusi masyarakat sivil,” katanya.

Beliau juga berkata Malaysia hari ini boleh berbangga dengan asas ekonomi yang kukuh yang menyaksikan negara ini telah melalui pelbagai krisis.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *