Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Bekas Presiden Mohon Maaf

Bekas Presiden Mohon Maaf

Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memohon maaf kerana tidak dapat melengkapkan penggalnya ketika beliau meninggalkan kompleks kediaman presiden, dua hari selepas Mahkamah Perlembagaan memecat pemimpin wanita pertama itu.

“Saya ingin memohon maaf kerana gagal memenuhi penggal saya sebagai presiden. Walaupun ia mungkin mengambil masa, saya yakin kebenaran akan didedahkan akhirnya,” katanya.

Geun-hye meninggalkan Rumah Biru sekitar jam 7 malam (waktu tempatan), kelmarin.

Dengan diiringi kira-kira 2,000 anggota polis, Geun-hye tiba di kediaman peribadinya di selatan Seoul dan disambut ratusan penyokong yang telah berkumpul di luar rumah sambil membawa sepanduk gambar beliau.

10 Mac lalu, Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan secara rasmi memecat Geun-hye kerana skandal rasuah melibatkan konglomerat yang menggemparkan negara.

Beliau dituduh menggunakan kuasanya untuk mendapatkan dana bagi yayasan yang ditubuhkan rakan lamanya, Choi Soon-sil.

Leave a Reply

Top