Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Banjir Kilat, 6 Mangsa Terperangkap

Banjir Kilat, 6 Mangsa Terperangkap

TAPAH, Enam mangsa terperangkap dalam dua kenderaan selepas jalan raya dilalui di Kampung Tersusun Batu 2 Tambahan, Tapah, dilanda banjir kilat hampir satu petang tadi.

Kesemua mangsa iaitu empat orang yang menaiki kereta Proton Waja dan dua lagi menaiki treler berjaya dibawa keluar anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah yang terpaksa dipanggil untuk memberikan bantuan.

Ketua Operasi dari BBP Tapah, Pegawai Bomba Kanan Dua, Rahman Ibrahim berkata, air naik tinggi di situ kerana kawasan rendah.

Katanya, air hujan di dalam parit melimpah ke jalan raya selepas hujan lebat dan ketinggian air adalah hampir satu meter.

Beliau berkata, sebuah kereta Proton Waja dan sebuah treler terperangkap dalam banjir kilat itu sebelum bomba melancarkan operasi menyelamat kira-kira jam 3.10 petang.

Semua mangsa iaitu seorang lelaki serta tiga wanita di dalam Proton Waja dan pemandu serta kelindan treler berjaya diselamatkan dengan diberikan jaket keselamatan.

Leave a Reply

Top